Bab 3: Rahsia di Kuarters Lama
Balik dari sekolah, Cikgu Hisyam terus bersiap untuk solat Zohor. Hatinya lega dapat pulang awal hari ini, sebab kelas tak banyak dan urusan di pejabat pun selesai cepat. Usai solat, dia melipat sejadah dengan tenang. Tapi, suasana damai itu berubah apabila isterinya, Milah, tiba-tiba bersuara.
"Bang, tadi saya pergi jalan-jalan tepi pantai. Angin sedap betul, tenang rasa hati," katanya sambil tersenyum kecil.
"Baguslah. Sekali-sekala jalan hirup udara segar kan bagus. Jumpa siapa tadi?" balas Hisyam sambil duduk bersandar di dinding.
"Jumpa orang kampung. Saya borak-borak sikit... Tapi, bang, mereka macam pelik bila tahu kita tinggal di kuarters guru yang lama tu," kata Suraya, nada suaranya mula berubah.
Hisyam mengerutkan dahi. "Pelik kenapa? Bukannya ada apa-apa sangat kat kuarters tu. Dah memang tempat tinggal guru, kan?"
"Entahlah, bang. Salah seorang makcik kampung tu macam tak percaya. Dia tanya, 'Betul ke awak tinggal kat situ? Dah lama tak ada orang sanggup tinggal sana.' Saya cuma angguk je, tak tahu nak cakap apa," cerita Suraya sambil merenung jauh.
Hisyam mula rasa tak sedap hati. Selama ini, dia anggap kuarters lama itu hanya rumah biasa, cuma mungkin dah uzur sebab jarang digunakan. Tapi bila dengar cerita isterinya, hatinya tergerak nak tahu lebih lanjut.
"Dia ada cakap apa-apa lagi ke? Kenapa diorang macam terkejut sangat?" tanya Hisyam, kini mula rasa ingin tahu.
"Tak banyak, bang. Tapi makcik tu sempat pesan... kalau ada apa-apa pelik berlaku, cepat-cepat keluar dari situ."
Mendengar kata-kata itu, Hisyam terdiam seketika. Jantungnya berdegup lebih laju. Apa maksud makcik tu? Apa sebenarnya rahsia di kuarters guru lama itu?
Hisyam termenung panjang di beranda rumah kuarters lama selepas mendengar cerita Suraya. Fikirannya bercelaru, cuba memikirkan apa yang sebenarnya sedang berlaku. Suasana petang yang biasanya tenang kini terasa sedikit menyeramkan.
Pagi tadi, semasa di sekolah, ada sesuatu yang membuatkan Hisyam rasa kurang senang. Cikgu Razman, guru besar sekolah, macam bagi hint sesuatu jer yang buat dia berfikir panjang
"Hisyam, saya minta maaf sangat sebab buat masa ni, saya terpaksa tempatkan awak di kuarters lama tu. Sementara ada rumah sewa kosong, awak duduklah di sana dulu," kata Cikgu Razman, nadanya penuh rasa bersalah.
"Tak apa, cikgu. Saya faham, kuarters tu pun okey je setakat ni," balas Hisyam dengan senyuman kecil. Namun, dalam hati, dia sedikit pelik. Kalau itu memang kuarters guru, kenapa hanya boleh tinggal "sementara"?
Cikgu Razman menarik nafas panjang. "Awak sabar je ya, Hisyam. Kalau ada apa-apa masalah... beritahu saya terus. Jangan pendam," katanya, seperti memberi peringatan yang tersirat.
Hisyam hanya mengangguk, walaupun hatinya makin keliru. Apa maksud "masalah"? Bukankah ini cuma kuarters guru biasa?
Ketika itu, Cikgu Murni, guru Bahasa Melayu yang terkenal dengan mulut celuparnya, kebetulan lalu di luar pejabat. Dia tersenyum ke arah Hisyam, tapi senyuman itu... lain macam.
"Hisyam, selamat tinggal di kuarters lama ya," katanya dengan nada separuh bergurau. "Tapi kalau ada dengar apa-apa bunyi pelik, jangan lari jauh-jauh," tambahnya sambil ketawa kecil.
Hisyam terkebil-kebil. "Bunyi pelik? Maksud Cikgu Murni?"
Cikgu Murni cuma mengangkat kening, seolah-olah cuba memberi hint tanpa berkata apa-apa lagi. Sebelum berlalu, dia menepuk bahu Hisyam dan berbisik perlahan, "Kadang-kadang, tempat lama...ada sejarah yang kita tak tahu." Dah la dalam bilik guru tadi dah bagi hint sikit2, ni ditambah lagi masa kat pejabat pula
Kata-kata itu menghantui Hisyam sepanjang hari. Dan sekarang, selepas mendengar cerita Suraya tentang reaksi orang kampung, semuanya terasa lebih mencurigakan.
Hisyam berdiri dan memandang ke arah rumah itu. Kuarters ini memang nampak usang, tapi tak ada apa-apa yang luar biasa setakat ini kecuali kejadian pinggan pecah dan bunyi ketuk pintu malam tadi.. atau mungkin dia cuma tak perasan?
"Hmm... esok, lepas sekolah, aku kena tanya Cikgu Razman lagi. Apa sebenarnya cerita di sebalik kuarters lama ni?" Hisyam berkata pada dirinya sendiri.
Tiba-tiba, satu bunyi halus datang dari arah dapur. Bunyi seakan-akan seseorang sedang mengetuk sesuatu perlahan-lahan.
"Bang, kau dengar tak?" suara Suraya memecah keheningan, menggambarkan kegelisahan yang sama dirasai Hisyam.
Hisyam menelan air liur. Nampaknya, misteri kuarters lama ini baru sahaja bermula.
P/S : Bersambung ke Bab 5... Misteri kuarters lama mula terbongkar. Adakah rahsia yang disimpan selama ini akan akhirnya terdedah?
0 Comments